Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Friday, November 30, 2007

Ending - By Semut

Assalamualaikum...

Masih lagi ada suara2 yang mengajak untuk bersatu, memberi cadangan dan sebagainya... Inilah typical pelabur Jai Network, hanya tahu bagi cadangan sahaja, tapi tak tahu camner nak execute... Ajak pergi mermaid haritu pun tak nak walaupun duit beribu2 hangus... Pada aku, tak payah la nak cakap mari bersatu, pembangkang, pro, tegar, anti dan sebagainya.... semua dah terlambat.... Kita semua ahli2 JNSSB dah "kalah perang".... Yang pro, yang bangkang, sume dah kehilangan wang pelaburan kerana sikap tidak mahu bersatu sejak awal2 dulu...

Lagipun hanya tak sampai 200 dari 25,000 orang yang masih bersemangat dan bagi komitmen serta proaktif untuk mendapat duit balik (tak sampai 1%)... itu pun senarai pada beberapa minggu lepas, iaitu yang sanggup ke mermaid.... sekarang ni berapa tinggal???? Aku pun dah malas nak layan bende ni, baik aku tumpukan kpd career aku... korang buat lah ape yang korang rase terbaik...

Bekas pengarah lain dah lama hilang.... watak utama yang timbul di dunia cyber pun dah hilang.... sape lagi yang tiggal???

Skang ni cerita jai sudah pun tamat.... tak payah lah nak beri cadangan "mari bersatu", kita buat tu, kita buat ni, bertanyakan mana semut, mana sharudin, mana Dr. M, mana Dr. Izham??? sebab semua dah terlambat... cerita dah tamat... sesiapa yang masih sambung berforum, bercerita dan sebagainya tu boleh lah dianggap sebagai sedang mengulas dan memberi pendapat pasal cerita ini...

Report polis ker, lantik lawyer saman jai ker, semua takkan menjamin duit kita balik.... sebabnya duit tu dah pun secure kat tempat lain... harta2 juga sudah ditukar ke nama proxy... Kalau saman pun tak dapat apa2, jai dah takde harta... Kepada yang masih mengharap, masih berdoa dan bersabar tu... hmmm... no komen la... aku rase yang jenis tak nak usaha dan hanya nak berdoa jer ni, aku cadangkan korang doa supaya bila bangun besok, ade 3 guni emas terpacak dalam bilik tidur korang... lagi best...

Seperti yang aku jangkakan, skang ni kes ni sudah pun sejuk dan ia semakin sejuk saban hari.... Tak lama lagi, ia bakal dilupakan sebagai sejarah hitam untuk setiap pelabur, sepertimana bekas2 pelabur Pak Man Telo satu ketika dulu...

Ending dia tetap sama, pelabur tetap takkan dapat balik wang pelaburan, jai akan didakwa, masuk penjara, beberapa tahun kemudian keluar sebagai seorang multi millionaire, hidup kaya raya hingga anak cucu.... Kiranya jailani lah yang jadi hero dalam cerita ni...

Sekian sahaja cerita JNSSB The Movie yang telah digarapkan jalan ceritanya dengan begitu baik skali oleh Prof. Dr. Hj. Kpl(B) Jailani Jabar...

-TAMAT-

Thursday, November 29, 2007

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni ramai pulak x-jai yang mempromosikan skim baru, tak serik-serik... Dah tahap memang pemalas la orang melayu nih (ditujukan khas kepada penggemar skim cepat kaya)... kate cikgureza, golongan ni ialah spesis makan daun... hahaha... Memang nak senang dengan cara melabur je, pastu goyang kaki kat umah, duit masuk tiap2 bulan dalam bank...

Dah kena tipu beratus2 kali pun, selagi ade saki baki duit, masih nak melabur jugak... Kalo dengan skim yang kerajaan luluskan tu ok gak... Cam public mutual ker, ASB ker.. ni skim cepat kaya jugak yang die pilih... ape laa... Ini bukan lagi Melayu Mudah Lupa, tapi dah kategori Nyanyuk dah...

Ramai jugak yang email aku tanye pasal skim nih, tapi malas aku nak layan sebab aku bz skang nih... tapi ntah camner, malam nih tergerak hati pulak nak kaji dengan detail... mungkin sebab salah seorang yang pernah aku "berdiskusi" dalam email kini sedang aktif mempromosi bende ni... kesian aku kat die nih...

Elok2 dok cari maklumat, terjumpa artikel yang perfect by Uztaz Zaharudin.... Senang keje aku.. hehehe...

Aku copy paste je laa... Click link asal disini

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Soalan

fazlullah nazri < paklah1122@yahoo.com > wrote:

Minta komentar kawan2 groups berhubung dengan syarikat berikut:-

BRIGHT Pxxxx Sxxxx (M) BHD, SYARIKAT MALAYSIA (100% BUMI PUTRA). ADA IBU PEJABAT, LEMBAGA PENGARAH, ADA LESEN PERNIAGAAN DAN ADA AGREEMENT KONTRAK. KINI KAMI MEMPELAWA ANDA MENJADI RAKAN NIAGA KAMI BERDASARKAN PROFIT KEUNTUNGAN DIKONGSI 70:30

MENJANA PENDAPATAN 10% TIAP-TIAP BULAN TERUS MASUK KE AKAUN MAYBANK ANDA SELAMA 3@5TAHUN!!! MEMANG HEBAT!!! SEBELUM INI PENYERTAAN HANYA DIBUKA UTK SYARIKAT2 BESAR DGN MODAL YG BESAR... KINI PELAN DI BUKA PADA SEMUA / INDIVIDU BIASA PUN BOLEH MENYERTAINYA........

- PELAN SESUAI UNTUK MEGA CORPARATE, SYARIKAT KORPARAT, USAHAWAN, DAN INDIVIDU BIASA.:

1. RM1,000,000.00 - KEATAS (MEGA KOPRAT) BY AGREEMENT
2. RM150,000.00 - RM1,000,000.00 (KOPRAT) BY AGREEMENT
3. RM25,000.00 - RM150,000.00 (USAHAWAN) BY M.O.U
4. RM2,000 - RM25,000.00 RETAIL....

NOTE :
RM2,000 - RM4,999.99 KONTRAK 3 TAHUN SAHAJA.
RM5,000 KEATAS KONTRAK BOLEH 3 ATAU 5 TAHUN.

1. DIVIDEN BULANAN (PASSIVE INCOME)

Setiap Merch Partnership akan mendapat advance setiap bulan sebanyak 10% dari jumlah share.
Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

2. REWARD ROYALTY (BONUS PENAJAAN)

Syarikat akan memberi insentif tambahan sedalam 4 level kepada
- ADA BONUS PENAJAAN DAN REWARD ROYALTY.( 3%, 1%, 0.7%,
0.5%)- 4 level
- POTONGAN ZAKAT
- MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

PERINGATAN: INI BUKAN PERLABURAN INTERNET...YG SANGGUP BAYAR PULANGAN SECARA DAILY%

MARILAH ANDA DILUAR SANA, BERSAMA-SAMA MENYERTAI PROGRAM INI...MASIH BARU LAGI..DAN PROSPEK MASIH LUAS LAGI...

PROGRAM BARU BERMULA JANUARY 2007.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI SAYA ATAU BERIKAN EMAIL ADRESS UTK PRESENTATION:
JAMAL xxxxxx.

JAWAPAN UZAR

salam,

Hukumnya adalah haram dan mempunyai riba dengan amat jelas.

Keadaan ini berlaku dalam skim di bawah akibat kurang faham displin perniagaan dan pelaburan di dalam Islam dengan serius, mereka amat keliru maka skim yang ditawarkannya bercampur-campur, sebahagian diwarwarkan cara yang betul seperti profit sharing keuntungan adalah 70:30.

Tetapi selepas tu, tiba-tiba pula disebut "menjana pendapatan 10% tiap-tiap bulan"

Contoh yang diberikannya juga tidak reflect apa yang disebut di atas (profit sharing 70 :30 ) iaitu :

Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

Di mana perginya pengiraan 70 : 30 profit sharing ratio jika sudah ditetapkan pulangan 10 % dari modal adalah keuntungan?. Amat jelas ini adalah riba dari kategori Duyun dari kelopok riba al-qard, ia juga salah satu bentuk skim cepat kaya yang diharamkan menurut pandangan Islam.

Selain itu ia juga, ia juga menjamin modal dari sebarang risiko, sekali lagi bukti pengharaman ditemui. Bezanya ia hanya bukan internet tetapi sama haramnya macam pelaburan cepat kaya internet.

Ini terbukti dari iklannya :

MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

Secara mudah ini adalah skim money game, terbukti dari plan mencari ahlinya.

Sistem zakatnya juga adalah salah.Tiada perlu dipotong di situ, kerana ia adalah harta haram.

Saya juga diberitahu dari satu email bahawa seorang bekas pelabur pak man telo dulu berkata bahawa skim pak man telo pada tahun 1999 di Kulim Kedah juga ada lessen dan syarikat yang benama Platinum Lane SB (PLSB). 100% milik bumiputra dan ia lebih hebat ketika itu apabila dikatakan mempunyai ‘approval' dari BNM dan KPDNDHEP....

Sekian

ust zaharuddin


Ni pulak pandangan semut:

Berdasarkan yang aku tengok2 kat forum2, sistem dia sama, sbijik ngan jai... cuma pulangan 10% sebulan dapat menjanjikan survival kompeni ni lebih lama, jai lingkup cepat sebab die bagi banyak sangat, 25% sebulan...

Stakat masuk media tu, jai pun masuk metro..

Kalo ko nak tengok dengan jelas sejelas jelas nya, SEMUA skim cepat
kaya akan gunakan orang lain dalam mengumpul deposit... maksudnya,
pengenal akan disuruh cari downline dimana pengenal akan dapat
komisyen hasil pelaburan downline...

Sistem lain memag diorang bleh pelbagaikan, tapi bab nak cari pelabur
baru ni, diorang akn bagi komisyen kepada upline bagi menggalakkan
mereka bergerak mencari kawan2 rapat yang mempercayai mereka untuk
bersama2 melabur...

Cuba tanya pihak mereka, kenapa nak kena kita yang carikkan modal
ataupun melabur untuk mereka??? kenapa nak bayar 10% tiap2 bulan
kepada kita atau 120% stahun kepada pelabur??? tidakkah jauh lebih
untung jika mereka buat pinjaman bank yang tiap2 bulan mereka hanya
bayar bunga kira2 1% - 2% sebulan ataupun 12% - 24% setahun???

Modal dipulang kan balik lak tu lepas abis kontrak, kalo punjam bank, tak perlu bagi balik modal tu, lagi banyak kompeni untung...


Kalo dia cakap nak tolong ahli, memang sah, skim cepat kaya...

Kalo dia cakap susah nak wat pinjaman bank, dia tipu, dengan kertas
kerja yang untung sebegitu banyak sangat senang nak dapat pinjaman,
lagipun kerajaan ada skim utk usahawan bumiputra...

Tepuk dada tanya selera, kalo tak serik2 lagi, silakan, tapi jangan ler dok libatkan orang lain.. kesian diorang tu... Kerana kau, orang lain menanggung kerugian...


PS:: Rupenye kat internet nih tak sampai 20% pun yang masih tegar (tengok poll kat sbelah tu).... ini membuktikan aku and team telah berjaya membuka fikiran orang2 yang selalu mengikuti perkembangan di internet ni mengenai penipuan jai... cuma beberapa orang jer yang masih "makan daun"...

b

Wednesday, November 21, 2007

Lawyer dah ready - By tokanvcd

LAWYER DAH READY. KITA GUNAKAN LAWYER NI UNTUK DAKWA SYARIKAT JAI ATAS ALASAN MENIPU ORG RAMAI. GROUP MELAKA DAH ON!!!. GROUP AKU DAH JOIN!!!

RAMAI KITA KONGSI KOS LAWYER NI, YG PASTI MUSLIM (WALAUPUN SAUDARA BARU). CONTACT AKU NNT EK!. UPDATE NNT AKAN DISUSULI JUGA KEPADA GROUP LAIN.
DAN YG PALING PASTI, AKU DAH DAPAT PENGESAHAN:

TAKDER SEBUTAN KES PUN 4HB DISEMBER NNT
SEBAB KALAU FAILKAN SAMAN PADA 14NOV (ATAU 5NOV MCM KATE V KUMARESAN) PROSES UNTUK DAPAT TARIKH SEBUTAN IALAH DALAM 3-4 BULAN

SO AMACAM DR JAI, KENCING BAIK EK ANAK2 BUAH ARI TU.... TUNGGU LA 4 DISEMBER (OR 14 DISEMBER NI). TUNGGU LA DEPAN MAHKAMAH TINGGI NANTI

TUNGGU!!!!!!!!!

sahihnya
lepas BNM, JAI nak kena settle mcm2 kes lagi
KPDN HEP, LHDN, Polis, MKN dan mcm2 ada
so tunggu la JAI saman semua jabatan ni
kalau belum masuk kedalam lagi la kan...
anyway, director lain senyum jer ke?

AZMI yg siap tunding baik punya kat MERMAID ari tu
HAFIZ yg asyik bagi idea kat boss jer, cara nak jawab
LATIFAH yg terdiam jer sebelah laki yg lama tak balik umah
ex-director lain pulak amacam?
MEJAR masuk memaid jap jer, takkan tak nak token ex-boss kut
DR M call jer ke? jom la kuar TV3 lak
DR IZ, sibuk tul ngan koperasi.. ade Smart ape pulak ni? Smart Agriculture?
HJ Z tak jeguk ke kami anak2 JMC ni? gian dah kami nak convo? Jubah dah buat kain ngelap pinggan dah
tinggal laa SEMUT, KURA, PENYU, LABI2, dan mcm2 haiwan yg dilaknat AZMI

komen semut: tokanvcd, nasib baik ko bukan kategori haiwan... hehehe...

Keratan Metro Rabu, 21 Nov 2007

Assalamualaikum...

Hish korang nih, aku cakap nak mengundurkan diri dari dunia internet, cakap aku merajuk pulak... Mane ade, Sbenarnya aku masih lagi aktif secara offline... Sebab aku tau, kat internet ni tak ramai yang follow....

Glamer pulak rasenye aku bile name aku masuk paper metro harini... ahakkssss.....

Click imej tu untuk paparan yang lebih jelas.... Walau bagaimanapun, ade beberapa maklumat yang diberikan dalam paper ni kurang tepat...

Lepas ni, kes ni akan semakin kecoh di media2 utama... Biar semua orang tahu akan penipuan ini... Maka, Jailani, Azmi, Hafiz bagaiwangsa dan konco2 nya akan jadi macam cacing kepanasan... Tak guna wei duit banyak kalo hidup macam pelarian... Ko ade 25,000 orang pelabur yang ko dah tipu, tunggu lah natijahnya nanti....

ps::haritu berapi2 cakap suruh tunggu jai masuk paper dan media lepas saman BNM. Katanya dah failkan writ saman pada 14 November lepas, tapi lain pulak yang masuk paper harini... Hahahaha....

Kepada penulis metro, blog ini pada asalnya adalah tempat untuk menyedarkan orang ramai daripada terjebak dengan skim kedua yang diperkenalkan oleh syarikat ini setelah skim pertama disiasat BNM.


Tuesday, November 20, 2007

Rumusan Perjumpaan di Mermaid, Kuantan

Assalamualaikum...

Seperti yang dijangka, setiap kali perjumpaan, ada2 jer berita gembira akan disampaikan... Ramai pula yang bertepuk tangan seolah2 dirasuk... Mereka tidak mengetahui apa yang tersirat disebalik perjumpaan ini...

Apa yang aku nampak ialah SSP HFT secara officially ditutup, bayarannya memang akan tertangguh senasib lah dengan SP stromberg.... Aku memang dah jangka keadaan ini awal2 dulu dan blog ini ditubuhkan bertujuan menghalang orang ramai dari melabur dalam skim SSP HFT... Tengok lah, apa sudah jadi skang, SP sangkut, korang melabur dalam SSP, pastu sangkut lagi... Jangan harap die nak bayar sebab pelabur baru sudah tiada... Itu memang modus operandi standard mana2 skim cepat kaya...

Kepada yang masih tak serik-serik tu, dan masih ade banyak lagi lebihan wang dan masih tercari-cari mana skim cepat kaya untuk melabur, aku cadangkan korang pegi melabur dalam KOPERASI Dr. Izham pula... Lepas KOPERASI Dr. Izham sangkut, suruh Dr. Latipah buat KOPERASI dia pula... Korang teruskan lah melabur ye SAMPAI PAPA KEDANA...

Selain itu perjumpaan di kuantan juga adalah sebagai wadah untuk mengelakkan ahli2 melenting kerana SP belum dibayar... dengan mengkhabarkan kononnya yakin mereka akan menang melawan Kerajaan Malaysia dan BNM, maka ramailah tukang sorak bertepuk tangan....
Katanya nak saman BNM sebab mereka menyebabkan Jai tidak boleh berniaga... BNM hanya menyita benda2 yang berkaitan dengan pengumpulan deposit haram sahaja, dibawah akta AMLA... BNM tidak menghalang proses penjualan stromberg (jika betul lah die jual stromberg)...

Aku memang tidak menolak kemungkinan die akan saman BNM, tetapi peluang die nak menang adalah 0%... ini adalah kerana die memang tidak menjual stromberg pun...

Sempat lagi tu mase perjumpaan tu die promote produk stromberg, siap kate orang dari Iran datang mintak dengan die untuk jual kat Iran... cam bagus jer stromberg die tu, hanya jimat 15% jer, banyak lagi produk yang jauh lebih murah dan lebih baik dari stromberg tu... Part ni pun ramai yang hooray... heran aku...

______________________________________________________________________
Happy Ending???

Kita lihat lah, sejak JNSSB diserbu BNM, Ahli2 sentiasa disajikan dengan berita2 gembira... Tak pernah ada pun berita sedih, semuanya adalah harapan gembira yang apabila tiba ketikanya akan menjadi harapan kosong... Dijanjikan kecairan dipastikan bulan 10, tiba ketika dilanjutkan 9 bulan lagi, menyatakan website untuk SSP Hydrofuel akan dilancarkan, tiba ketika, SSP HFT terhenti sedangkan web belum pun dilancar dan sebagainya...

Berita gembira akan terus disampaikan kepada ahli2, hakikat sebenar ialah duit ahli sedang jai dan konco2 nya gunakan untuk enjoy... Tujuan utama ialah untuk terus menipu ahli dari memberontak... Hakikatnya, jai memang sudah tak nak bayar duit tersebut...

Apa yang aku jangka ialah jai akan terus mewar-warkan yang beliau akan menang kes... Katanya jika menang, kita semua akan dapat balik duit tersebut... Tapi, sejauh manakah anda yakin yang jai akan menang??? stakat lawyer india tu yang bagi jaminan, buat ape??? dia memang dah dibayar berjuta2, kalo kalah pun, poket die tetap berisi... Jai pun tengah happy jer skang enjoy hidup sebagai seorang jutawan...

Tetapi clue untuk penamat cerita ini sudah pun jailani berikan... iaitu, jika Jai kalah, dia akan didenda dan dimasukkan ke dalam penjara selepas dibicarakan... Inilah sebenarnya kesudahan cerita Jai Network Systems Sdn Bhd. Ahli2 pula kehilangan wang pelaburan...

Tetapi, seperti biasalah, sebelum kalah tu, pelbagai fitnah akan dilemparkan, mungkin ade orang sabotaj perbicaraan dsb demi menagih simpati golongan yang masih bodoh... Kemudian Jai akan meringkuk dalam penjara mungkin selama 3 tahun dan didenda antara 500k hingga 1 juta...

Kemudian, selepas kluar penjara, beliau akan jadi seorang jutawan yang bebas, dengan duit yang berjuta2 didalam akaun proxy... Ahli2 pun dah lupa akan kisah jai...

Itulah ceritanya... Sesiapa yang suka jalan cerita ini, teruskan lah menunggu untuk ia berakhir sebegitu rupa... Jika anda ingin mengubah cerita ini, bertindak lah skarang... Keputusan ditangan anda... Melaporkan kepada pihak polis adalah satu tindakan yang anda boleh lakukan untuk mengubah cerita ini... Guideline sudah disediakan...

Update dari semut

Ini adalah ape yang aku tulis selepas aku balik dari kuantan...

Perjumpaan semalam lain dari yang aku harapkan... seperti yang aku beritahu, memang die akan buat alasan2 lain untuk tidak bayar duit, dan dia akan perkenalkan lawyer untuk tujuan menyaman BNM... Ini memang dah dijangka...

Cuma, aku jangka, dengan pertanyaan yang agak kontraversi dari saudara "tokanvcd"(menantu kepada ayahnda PEKIDA), suasana semakin hangat, tapi perkara sebaliknya berlaku... begitu juga pertanyaan dari orang lain yang bersifat pro pembangkang, termasuk dari kak jamilah, semua hujah dimatikan dengan sorakkan gemuruh dari lebih kurang 80% ahli2 yang hadir...

seorang pak cik yang duduk sebelah aku lansung tidak memberikan reaksi, tetapi dari riyak muka, dia seakan2 menangis didalam hati, beliau kelihatan sebak...

selebihnya hanyalah orang2 yang bercakap mengikut skrip sahaja, terutamanya seorang makcik yang tiba2 datang memberikan kuliah maghrib sambil bersyair... kemudian disertai sorakan dan tepukan gemuruh dari penyokong jai... terlalu ramai talam dua muka, depan cakap lain, blakang cakap lain...

Dengan keadaan ini, maka, plan yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan... Sungguh aku tak sangka korang nih, duit sangkut beribu2, tapi pegi kuantan sekejap pun tak mahu.... hanya tahu memintak2 dalam forum ni sahaja...

Duit SSP bulan ni tak leh bayar sebab digunakan untuk bayar lawyer.... takkan nak bayar lawyer sampai 30 juta kot??? camner haritu seorang bekas tahanan ISA boleh menyaman kerajaan??? brape juta die abis bayar lawyer??? banyak btul duit die ni...

seronok ye kau menghina Yang dipertuan Agong ye??? sampai siap cakap kepala bapak agung lagi...

seronok ye kau menghina PEKIDA Bukit bintang??? InsyaAllah, rakaman penghinaan tersebut akan dihantar personally kepada ayahnda PEKIDA bukit bintang oleh kura...

seronok ye ko mengaku berkaraoke, berdondang sayang kat kelab2 dan pub kerana itu katanya cara kau untuk menyelesaikan masalah ini...

seronok ye kau mengaku bahawa duit memang terbeku sebanyak 20juta, walaupun kau menafikan sekeras2 nya sebelum ni...

seronok ye kau cakap nak ludah orang yang meminta duit mereka balik...

seronok ye kau yang dah mengaku pergi disko melaknat orang...

Seronok ye kau cakap jangan selidik dalam2, cukup hanya percaya kat ko jer...

seronok ye kau diampu oleh seorang ustazah tadika dengan syair dan hadis untuk bersatu dengan kau, aku harap die tak maksudkan untuk bersatu di disko...

seronok ye kau mengaku yang kompeni jai network ni kau punye sorang je...

seronok ye kau kerana penyokong kau masih ramai...

Ramai jugak yang dah kenal kura di majlis tersebut, tapi diorang masih tercari2 siapa semut... sebab hampir semua tahu aku n kura ade dalam majlis tersebut... Aku tetap anonymous... identiti aku takkan aku dedahkan...

Satu lagi, buat ape aku nak sambung berforum, sebab sekian lama aku cuba menyedarkan tentang perkara ini, hasilnya 80% tepukan gemuruh dan sorakkan adalah dari orang yang masih pro jai... kalau awal2 dulu aku masuk forum ni sebagai guest untuk tahu ape2 info terbaru, tetapi skang ni, info yang aku dapat secara offline lagi banyak dan lagi cepat daripada yang ditulis di internet...

Aku rase aku dah buat yang terbaik, guideline report dah pun disediakan, korang tak nak buat report, dok takut itu dan ini, terpulanglah kepada korang semua... aku tak kisah pun... selebihnya, hanya masa sahaja yang bakal menentukan yang mana salah dan betul... korang nak pegi melabur dalam SSP tu pun pergi lah, sebab akhir tahun ni korang dijanjikan akan dapat berita gembira oleh peguam india tu... itu duit korang, korang buat lah ape yang korang suka... tak kacau duit aku pun...

Korang kene ingat, nak dapat duit balik memang hampir dah takde harapan... Satu2 nya cara hanya mengambil duit tu secara "paksa" sahaja dan ini yang telah di plan smalam tetapi gagal kerana 80% yang datang adalah geng pro-jai...

Aku bukannye nak jadi hero dan sebagainya... aku hanya buat kerana aku rase bertanggung jawab sahaja... blog aku tu adalah sebagai update kepada downline aku dan semua downline2 orang lain yang diabaikan oleh upline... tapi, tak yah nak cakap update la, buat korang mengharap jer, duit tu dah burn, yang ade hanya janji2 manis dari jai saja...

Aku pun bukan invest berjuta2 dalam jai, bukan ade beratus2 downline... Aku hanya masuk JNSSB 4 bulan sebelum akaun kene freeze, tetapi pelaburan aku yang terbesar ialah pada bulan 7 dmana akaun dibekukan pada bulan tersebut... Jumlah kerugian aku hanya kira2 40k sahaja... downline aku pun tak sampai 10 orang... Mana leader2 lama??? Mentang2 dah kenyang, dok senyap jer.... Sume pertanyaan downline akan di divert kepada web bluster @ sharudin, agar downline tak memberontak kerana ada banyak berita gembira disitu... upline aku pun same jer walaupun dah gi JMC, kononnya leader2 Jai network lah tu.... bila dah jadi camni, terus ambil sikap lepas tangan, tak penah pun die update aku dengan perkembangan terkini....

kepada yang lain, selamat berforum dan meminta2 agar duit dikembalikan didalam forum ni tanpa berbuat apa2...

Good Luck
!

Update dari Kura bhg 1

Apa yang aku boleh katakan ialah... aku sedih tengok orang islam di negara aku pada hari ni, terang2 kena tipu dan masih boleh bertepuk tangan bersorak ramai... dan aku akan ingat sampai bila2, di kala 80% orang bertepuk tangan bersorak, seorang akak di hadapan aku mengalirkan air mata... di kala Shahrudin tersenyum bangga di puji Azmi dan menerima tepukan sokongan...

Seorang pakcik di sebelah aku yang aku pergi JMC bersama dan memang aku selalu berborak dengan dia dulu... SP Stromberg 50K, kerana niat ingin membantu syarikat yang sedang kesusahan, masuk lagi SSP 48K dengan duit rakan2.... mukanya tak senyum dari mula hingga akhir majlis. Syabas Jai kerana membuatkan ramai orang islam yang sudah berumur di akhirkan dengan hutang keliling pinggang...

Majlis dipenuhi dengan manusia2 jahil, hanya beberapa soalan sahaja yang terlepas itu pun disebabkan dengan paksaan... selain dari itu, hanya orang2 yang membaca skrip memberi pendapat memuji Jai dan konco-konconya....Di kala orang mengutuk saudara Muslim yang menimbulkan beberapa soalan di dalam majlis... di kala itulah dia di horey. Aku dah mula bosan dengan perangai manusia2 bengap ni....

Peguam JNSSB : "Jika BNM yang tuduh syarikat, maka BNMlah yang kena kemukakan bukti yang JNSSB tidak ada perniagaan... bukan JNSSB yang kena hantar bukti wujudnya pernigaan", "You will hear some news by end of the year" .. tepuk semua!!!

Hasil perjumpaan ini... Jai takkan bayar SP Hydrofuel + Stromberg sehingga saman dia menang. Kalau saman dia kalah, duit burn... duit SSP/SP Hydrofuel akan digunakan untuk menyaman Dr Halim. Yaa.... tepuk tangan semua!! Tepuk ramai2... duduklah di rumah tu elok2, tak payah susah lagi dah sebab inilah perjumpaan yang terakhir.

Tapi Jai ko ingat.... ko takkan boleh lari, insya'allah kita akan berjumpa lagi.. di dalam situasi yang berbeza di mana riak dan takabur ko akan hilang, yang tinggal hanya ketakutan...!! Azmi, ko nak belasah aku kan??? Aku akan ingat... dan kita tengok nanti, sampai lubang cacing aku korek ko nanti...!!

Sharudin, syabas!! Kiralah berapa ratus ribu duit orang islam yang ko dah benamkan dalam Jai!! Berapa ramai kawan2 ko yang menanggung hutang hingga gaji dah jadi negatif disebab ajaran ko membuat loan maksimum yang tidak dibenarkan oleh bank... 10 tahunlah mereka tidak bergaji. Nasihat aku dulu ko tanak dengar, sekarang ko tanggunglah hasil kejahilan ko... SSP dah tak dibayar! Alasan... nak guna untuk saman Dr Halim... tepuk tangan lagi... jangan tak tepuk!!

Update dari Kura bhg 2

Inilah kata2 Jai bangsat kepada seorang abang yang hanya meminta syarikat memberi maklumat kepada leader seperti dia kerana tak dapat menjawab kepada desakan downline...

" bla ...bla...bla... database kita dah kene sapu, semua dah habis, jadi kita tak boleh tentukan siapa ahli kita... jadi kalau macam abang ni datang minta duit pada saya pun, saya boleh ludah aje ke muka abang sebab saya tak tau siapa abang.... bla bla bla" dan selepas JJ abis berucap, semua tepuk tangan... yang kat belakang siap horay horay lagi...

Jadi macam nilah, aku dengan semut dah bincang, penat je menerangkan pada orang ramai, dan tak guna buat bende ni semua, sebab tak ramai yang nak ikut... kitorang bukan nak jadi hero dan tak ramai yang kenal kitorang pun, kalau nak belanja makan pun tak boleh... jadi, ikut suka semualah, semut dah keluarkan template untuk report polis, aku dah cakap dengan dia, pentingkan downline ko dulu...

Jadi suka hati koranglah, JJ memang dah tak bayar, SSP dah official ditutup! Dah takde apa yang nak dicakap lagi dah, cuma kalau rasa nak sedekahkan duit pada Jai bedebah, takyah la report polis... biarkan aje la, yang hutang, bayar la tiap2 bulan... kalau betul nak report, dah email semut atau dah pegi report dah, takde nak tunggu nak tengok salinan la.... apa la.. mengarut je semua ni. Aku still begerak sebab aku takkan lepaskan Jai bedebah ni sampai dia masuk ke dalam jel, yang lain terpulang la pada korang, buatlah apa korang nak buat.

p/s: Yang Jai cakap ada orang cuit masa dia nyanyi dondang sayang tu ialah kawan aku. Masa kejadian tu, Jai lah orang yang pertama lari dari pusat karaoke tu .... "Kalau saya muda, dah lama mati orang tu.. nasib baik saya ni dah tua sikit, jadi saya bagi la dia sikit" >> pegi jahanam!!! Dan malam tu jugak Zurin dibuang oleh Pekida Bukit Bintang. Semua berlaku di Pusat Karaoke Ampang Park Deluxe 333 (13hb Nov) & Deluxe 368 (14hb Nov). Sebab itulah diorang sibuk mengaku yang diorang pegi karaoke dan cakap bende ni semua tak salah... jangan sibuk2 hal kitorang. Dan kalau korang nak tau lagi, member aku tu dapat RM2K dan dijanjikan akan masuk lagi RM10K, tapi cuma dapat RM2K je... semua sekali RM4K... Allah nak tolong, dan berkat usaha. Aku tak cakap doa tu tak penting, tapi Nabi kita dulu pun pergi perang... jadi terpulang la pada korang. Jangan lupa tepuk tangan lagi...

Monday, November 19, 2007

Update Dari Kuantan

Assalamualaikum...

untuk tidak menghampakan korang, ni sedikit update dari kuantan:

  • Jai dah failkan writ saman terhadap BNM pada 14 November. Kawan aku sedang semak dengan Jabatan Peguam Negara sama ada betul atau tidak ia telah di submit ke Jabatan Peguam Negara.
  • Alan Yap, selaku consultan dan bonzer memberikan ceramah, kononnya kita kena setia ngan jai dengan memberikan contoh yang bullshit. Alan yap ialah gangster cina yang pernah dipenjarakan 3 tahun atas kesalahan jenayah.
  • Peguam yang bakal saman negara ialah siva kumaresan. Kelihatan begitu tergagap2 dan tiada keyakinan apabila menjawab soalan yang diutarakan oleh saudara Muslim berkenaan AMLA.
  • Kata siva kumaresan, akhir tahun ni ade berita gembira. Kata jailani pula, 4/12 ni ade berita gembira. Identiti siva kumaresan sedang disiasat.
  • Peguam tersebut juga cakap yang kes ini jai akan menang, kemudian lepas memang, jai akan meminta gantirugi sebab dia tak leh meniaga, dan selepas itu baru duit SP akan start dibayar.
  • kata peguam tu: "Jika BNM yang tuduh syarikat, maka BNMlah yang kena kemukakan bukti yang JNSSB tidak ada perniagaan... bukan JNSSB yang kena hantar bukti wujudnya pernigaan", "You will hear some news by end of the year"
  • Azmi meminta untuk sapa2 yang terer komputer untuk trace siapa kura, semut dan otaibnm dan pergi belasah beramai2.
  • SSP HFT bulan ini tak dapat dibayar kerana nak digunakan untuk saman BNM, Kerajaan Malaysia dan HFI.
  • HFI dikatakan sudah ambil duit, tapi produk belum diserahkan kepada Jai... Tapi, awal2 lagi aku dah cakap, jangan masuk SSP HFT tu, sesiapa yang degil dan tamak, tanggung la akibatnye... Skang ni Izham buka pelaburan KOPERASI PPIM. Sesiapa yang bermurah hati tu pegi la melabur lagi... huh, tak serik2...
  • Jai mengakui die dah takde ape2 hubungan dengan PEKIDA. Die jugak mengeluarkan ayat2 yang menghina PEKIDA serta Yang di pertian Agong.
  • Jai cakap yang JNSSB tu hanya milik dia sahaja, orang lain tak berhak tahu audit syarikat.
  • Jai mengakui pergi karaoke...
  • dan lain2...

Thursday, November 15, 2007

Mari berkelah di Mermaid Inn

Assalamualaikum...

Ni mesej dari kura:

Mari semua kita turun ke Mermaid pada sabtu ini.... Insya'allah saya akan ke sana dan jika Jai berdolak dalih lagi, kita hentam dia cukup2! Kalau Jai ada di sana, saya akan reveal siapa saya sebenarnya!

Semalam berlaku sedikit pertengkaran di pejabat Pekida Bukit Bintang antara saya dan penipu/pengkhianat umat islam, Ayahanda Roslan sudah menjelaskan pendiriannya dan saya bersyukur yang dia tidak bersongkol dengan keparat Jai ni... cuma ada beberapa orang yang menggunakan nama Pekida Bukit Bintang untuk melindungi Jai dan menakutkan orang ramai!!! Ayahanda akan failkan report kepada Pekida Pusat dan pengumuman tentang pendirian Pekida Bukit Bintang akan dibuat.

Saya sudah dinasihatkan supaya datang ke Mermaid dan berkumpul disana, bawa seramai yang mungkin!!! Kita kena tuntut balik hak kita!! Buat pengetahuan semua, SSP bulan ini tidak akan dibayar pd minggu ini!! Ofis dah maklumkan, akan dibayar selepas perjumpaan (atau perjumpaan nak bagi alasan tak bayar)

Saya dah lakukan apa yang saya boleh, yang selebihnya terserah pada tuan punya diri untuk membantu diri sendiri.... ramai yang email dan minta tolong dptkan balik duit SP, kita kena bersatu dan inilah peluang untuk kita usaha dapatkan balik hak kita!!!!

KE MERMAID SABTU INI!!! JANGAN BIARKAN KEPARAT TU ENJOY DENGAN DUIT PENDERITAAN ORANG ISLAM !!

Maka, dengan itu, saya mengajak semua ahli2 jai akan pergi ke mermaid inn, pukul 2 petang pada hari sabtu ni, 17/11/2007... Saya juga InsyaAllah akan kesana...

Kesemua ahli, tak kira lah pembangkang ataupun taksub, harap dapat lah hadir kerana ini lah masa untuk kita mendapat "penjelasan"...

Report polis akan tetap dibuat pada keesokkan harinya di pejabat polis Bukit Aman... Sesiapa yang nak join (yang berada di sekitar KL ahad ni) dipersilakan....


Monday, November 12, 2007

Kenapa nak tunggu???

Assalamualaikum...

Ada juga yang bagitahu aku yang mereka nak tunggu keputusan BNM keluar dulu baru nak report (jika jai salah)...

Satu jer aku bagitau, korang yakin ke lagi 9 bulan ni keputusan akan keluar?? korang tengok la, kes2 yang sebelum ni pun banyak yang tak selesai, dok siasat & dakwa jer... kes yang dari tahun 2000 hingga 2006 pun masih banyak masuk paper...

Mungkin lepas 9 bulan ni, tempoh tersebut dilanjutkan lagi... lepas tu disiasat dibawah akta lain pula... mungkin akan ambil mase beberapa tahun... proses pendakwaan pun, bukannya seminggu bleh siap... kengkadang, bertahun2 jugak, tambah2 ni kes yang melibatkan ramai orang.... ntah bila jai akan dikenakan hukuman... dalam tempoh siasatan dan perbicaraan, jai masih bebas menghabiskan duit2 kat proxy tu...

Kesimpulannya, sesiapa yang tak buat report skang ni, dan korang asyik menunggu je lah dengan sabar keputusan BNM tu... Akan sampai satu ketika kes ini akan "sejuk"... Korang pada masa tu dah malas lagi nak buat report... pastu mula lah niat, aku tuntut kat akhirat je laa... Jadi, kalau anda yakin Jai menipu anda, bertindak lah segera sebelum kes ini "sejuk"...

Keputusan ditangan anda... buat lah apa yang anda rasa terbaik... Aku pun lepas buat report ni, akan jadi "sejuk" jugak.. Biarkan polis jalankan tugasnya, aku nak buat keje2 harian aku lak, sambil ikhtiar nak settle kan hutang2 aku tu... lupakan pasal SP nih, kalo ade rezeki, ade laa.. kalo takde nak wat camner... nasi dah jadi bubur...

Itu lebih bijak dari dok tunggu sambil berteka teki, bilakah nak dapat duit, bila jai nak bayar, bila siasatan nak abis, bila jai nak saman BNM dan sebagainya yang sudah tentu membuatkan anda lagi pening kepala...

Walau bagaimamapun, jika ada apa2 berita terbaru yang besar2 atau ade apa2 plan yang dibuat untuk membantu ahli2 jai, maka, aku akan announce kat sini.... So, jenguk2 la blog ni sbulan skali ker...

Sunday, November 11, 2007

Jom laporkan kepada polis

Assalamualaikum...

Maka, guideline untuk buat report sudah pun siap, terima kasih kepada seorang sahabat kerana telah bersusah payah membuat guideline ini... Semoga kes ini dibawa ke muka pengadilan dan bukan dianggap kes terpencil apabila sudah banyak report diterima nanti...

Pada Jumaat lepas, saya telah berbual dengan seorang anggota PPIM, saya "menyuruh" beliau untuk mengadakan satu sesi dialog bersama jailani, azmi dan izham yang dihadiri oleh saya sendiri dan ahli2 yang berminat nak hadir... Saya juga rekemenkan agar "Dr." Izham "digunakan" untuk menjemput jailani dan azmi kerana dr. izham ni BOD JNSSB... angota ppim tersebut bersetuju dan terus bertanyakan kepada "Dr." Izham dan izham menjawab "anytime", cuma izham tak pasti samada jai nak datang ke tak... Tak kisah la, janji beliau akan berusaha mewujudkan sesi dialog ni, tapi, jika jai tak datang, tak perlu lah kita semua nak datang hanya untuk tengok muka izham!!!

Sebelum ini juga saya telah "berbual" dengan orang PPIM yang sama, dan saya "mendesak" PPIM mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian PPIM dan JNSSB... Alhamdulillah, seminggu selepas itu kenyataan dikeluarkan, tetapi ada sedikit yang "tak kena", so, saya baru sahaja menyatakan perkara berkenaan kepada pihak terbabit..

Ok lah, abaikan part tu... Skang ni, saya ulang skali lagi, Jai disiasat oleh BNM kerana mengambil deposit tanpa lesen BNM... Ni antara Jai ngan BNM.... Ia disiasat KPDNHEP kerana tiada lesen AJL.. Ni antara Jai dan KPDNHEP...

Kini part Jai dan ahli2 pulak... Jika anda terus dengan budaya seorang PEMALAS (hanya tahu berdoa dan bersabar), kes ini akan senyap begitu sahaja... kita kenalah membuat laporan polis yang mengatakan jai telah tipu kita semua...

Seperti yang ramai sudah maklum (walaupun awal2 dulu dok cakap aku buat fitnah), duit kat dalam BNM hanya ada kira2 RM20juta sahaja.. BNM tak usik pun duit2 kat proxy jai... Hanya dengan tindakan polis di bahagian Jenayah Perdagangan sahaja duit2 ni akan di trace balik dan akan dirampas berserta harta2 jailani dan azmi...

Seperti kita semua sedia maklum (ramai lagi yang tak tahu nih), jailani skang sedang enjoy ngan duit hasil penipuan smart partnership.... duduk hotel 6 bintang, bayar bodyguard ramai2, beli mercz cash, renovate umah sjuta lebih, pendek kata, hidup sebagai billionaire la... Berbanding investor yang die telah tipu, kini hidup serba daif, hutang keliling pinggang, Kete kene tarik, umah kene lelong, tak leh kawin sebab duit tarak, duit pencen nak gi haji pun dah habis, downline2 dok kejar upline dan sebagainya...

Maka, kita jangan lah beri lagi peluang untuk dia enjoy dengan duit kita tu untuk buat bende2 tak senonoh dan membazir ni, elok kita cepat2 report polis, dan dia disiasat secepat mungkin oleh polis... Yang penting, duit dan harta2 nya dirampas...

Dengan report polis, jumlah kerugian anda sudah ada didalam database polis (rujuk guideline).... PPIM juga telah berjanji akan menolong para pelabur dengan berunding dengan pihak2 tertentu bagi mengurangkan kerugian pihak pelabur...

apabila Jailani start disiasat dibawah jenayah komersial, sume duit2 di proxy akan di trace dan dirampas, begitu juga harta2 nya... harapnya, dengan peranan PPIM dan badan2 NGO lain, sebahagian kecil duit tu akan kita dapat balik...

Mungkin mahkamah membuat keputusan nak bagi 25% balik kepada pelabur, maka, jumlah yang anda declare semasa report polis ini lah yang akan dijadikan ukuran berapakah anda sepatutnya dapat... Jadi, cepat2 lah report polis ye sebelum terlambat...

Saturday, November 10, 2007

Email daripada Penulis Guideline Laporan Polis

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Maaf sebab kelewatan tindakan daripada pihak saya. Seperti yang telah
dijelaskan dalam mesyuarat tergempar malam Khamis lepas, kita semua
telah bersetuju untuk meneruskan langkah menuntut hak kita dan
orang-orang yang telah mengamanahkan kepada kita daripada JNSSB dan
pihak yang berkenaan.

Untuk itu, berikut disertakan kaedah membuat laporan polis untuk
transaksi Smart Partnership Stromberg. Selepas ini saya akan cuba
berkongsi contoh laporan polis untuk transaksi Authorized Dealer
Hydrofuel dan beberapa laporan tindakan penipuan syarikat terhadap
kita.

Semoga garis panduan ini dapat menolong kita semua membuat laporan
polis. Tindakan kita nanti membuat laporan beramai-ramai dapat
membantu memastikan laporan kita disiasat dan bukannya diabaikan (atau
ditutup).

Saya telah membuat satu laporan di Balai Polis Melaka Tengah semalam
dan akan meneruskan lagi dengan 3 laporan, insyallah Jumaat depan
selepas pulang dari hantar mertua nak buat Haji (naik dari Alor
Setar).

Sekian dan doakan kejayaan kita semua. W'salam.

Guideline Untuk Membuat Laporan Polis

FASA PERTAMA - LAPORAN POLIS (TRANSAKSI JUAL BELI STROMBERG MENERUSI SMART PARTNERSHIP):

  • Ingat semula sekurang-kurangnya tempat tuan/puan menandatangani borang akad dan S&P untuk menyertai Smart Partnership.
  • Cari atau minta dengan upline/ pengenal tuan/puan salinan borang akad yang disertakan dengan salinan kemasukan wang ke akaun syarikat.
  • Pergi ke mana-mana balai polis yang berdekatan dengan tempat tuan/puan menandatangani borang akad dan S&P tersebut untuk memfailkan laporan polis (lebih baik sekiranya tuan/puan pergi ke IPD berdekatan kerana memudahkan proses pengambilan kenyataan kemudiannya oleh pihak JSJ Komersial).
  • PENTING: Adalah penting untuk tuan/puan menghubungi pengenal tuan/puan sebelum laporan polis dibuat lagi kerana nama mereka akan turut disabitkan dalam laporan tersebut.

  • Contoh laporan yang boleh dibuat:

Pada (haribulan yang terdapat pada borang akad tersebut) jam lebih kurang (anggaran waktu menandatangani borang akad) saya ada membuat satu perjanjian jual beli dengan syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd dan Jai Network Systems Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal tuan/puan beserta no K/P). Perjanjian ini dibuat di (tempat tuan/puan bertemu dengan pengenal tuan/puan). Dalam perjanjian tersebut, pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd dikehendaki membayar secara ansuran bulanan selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx* setiap bulan. Bayaran bermula (tarikh sepatutnya mula mendapat bayaran) sehingga (tarikh sepatutnya mendapat bayaran terakhir). Pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd telah membuat bayaran sebanyak x kali*. Tetapi sehingga hari ini, pihak syarikat masih belum menjelaskan baki bayaran selama x bulan* sebanyak RMxxx.xx*. Saya telah menghubungi (nama pengenal tuan/puan) dan beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat En Jailani bin Jabar di Kuantan, Pahang kerana urusan kewangan hanya dikendalikan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi pengarah syarikat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Saya percaya telah ditipu oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Sekian laporan saya.

*bergantung kepada kes masing-masing

FASA KEDUA – KETERANGAN MANGSA (TRANSAKSI JUAL BELI STROMBERG MENERUSI SMART PARTNERSHIP):

  • Sesudah tuan/puan membuat laporan polis, pihak polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial akan mengambil keterangan tuan/puan.
  • Proses ini merupakan proses yang kritikal kerana sebarang kenyataan tuan/puan boleh dijadikan hujah mahkamah (sama ada terhadap tertuduh atau terhadap tuan/puan sendiri) di kemudian hari. Keterangan yang didapati salah atau didapati bercanggah atau didapati direka boleh menyebabkan tuan/puan akan didakwa memberi keterangan palsu.
  • PENTING: Adalah penting untuk tuan/puan menghubungi pengenal tuan/puan sebelum laporan polis dibuat lagi kerana nama mereka akan turut disabitkan dalam laporan tersebut.
  • Pastikan keterangan yang tuan/puan akan berikan nanti sah, tulen dan sepatutnya menyamai keterangan pengenal tuan/puan nanti.
  • Sila bawa salinan borang akad, keratan akhbar Harian Metro bertajuk JNSSB wakil Stromberg, sebarang bukti berupa kertas iklan, cetakan slaid pembentangan rancangan perniagaan Smart Partnership dan sebagainya (hanya yang berkaitan dengan Smart Partnership sahaja) sebelum menghadiri sesi memberi keterangan polis (sebaik-baiknya sewaktu menghadiri sesi membuat laporan polis).
  • PENTING: Pastikan tuan/puan hanya menjawab soalan yang faktanya diketahui secara jelas oleh tuan/puan. Jawablah “Saya tidak pasti” atau “Saya tidak tahu” sekiranya jawapan terhadap soalan yang dikemukakan TIDAK DIKETAHUI SECARA JELAS.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Contoh soalan akan ditanya dan jawapan yang boleh dijawab:

  • Terangkan laporan yang tuan/puan telah buat?

Pada (haribulan yang terdapat pada borang akad tersebut) jam lebih kurang (anggaran waktu menandatangani borang akad) saya ada membuat satu perjanjian jual beli dengan syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd dan Jai Network Systems Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal tuan/puan beserta no K/P). Perjanjian ini dibuat di (tempat tuan/puan bertemu dengan pengenal tuan/puan). Dalam perjanjian tersebut, pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd dikehendaki membayar secara ansuran bulanan selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx* setiap bulan. Bayaran bermula (tarikh sepatutnya mula mendapat bayaran) sehingga (tarikh sepatutnya mendapat bayaran terakhir). Pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd telah membuat bayaran sebanyak x kali*. Tetapi sehingga hari ini, pihak syarikat masih belum menjelaskan baki bayaran selama x bulan* sebanyak RMxxx.xx*. Saya telah menghubungi (nama pengenal tuan/puan) dan beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat En Jailani bin Jabar di Kuantan, Pahang kerana urusan kewangan hanya dikendalikan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi pengarah syarikat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Saya percaya telah ditipu oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Sekian laporan saya.

  • Terangkan secara jelas transaksi jual beli tersebut?

Saya membeli alat penjimatan petrol berjenama Stromberg sebanyak x set daripada syarikat Bagai Wangsa Sdn Bhd yang diwakili oleh (nama pengenal) dengan harga RM250 satu set. Saya menjual semula alat tersebut sebanyak x set kepada syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd yang turut diwakili oleh (nama pengenal) dengan harga RM500 satu set. Pengenal tidak menguruskan proses penyerahan produk dan saya tidak perlu menerima produk tersebut kerana produk akan diserahkan secara terus kepada Jai Network Systems Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini merupakan anak syarikat JAI NETWORK HOLDINGS SDN BHD yang diketuai oleh Dr Jailani bin Jabar. Saya hanya perlu membayar jumlah pembelian saya RMxxx.xx beserta RM20.00 untuk kos matikan setem perjanjian jual beli. Proses pembayaran adalah secara bank in kepada (nama akaun dan no. akaun tertakluk kepada resit bank in pada borang akad tuan puan – sama ada Jai Network Systems Sdn Bhd, Bagai Wangsa Sdn Bhd, Jailani bin Jabar, Mazuki bin Jusoh dsb). Keuntungan akan dibayar secara terus oleh syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd ke dalam akaun saya di bank (nama bank dan no akaun tertakluk kepada bank yang dicatatkan dalam borang akad tuan/puan). Syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd perlu membayar kepada saya secara ansuran selama 8 bulan sebanyak RMxxx.xx setiap bulan. Saya telah menerima bayaran sebanyak RMxxx.xx bagi bulan (nyatakan bulan yang telah diterima bayaran) tetapi tidak mendapat bayaran sebanyak RMxxx.xx untuk bulan (nyatakan bulan yang tidak mendapat bayaran). Saya telah menghubungi pengenal saya tetapi beliau meminta saya menghubungi pengarah syarikat Dr Jailani bin Jabar di no. telefon 019-9468185 atau no. telefon pejabat 09-5602280 kerana urusan kewangan hanya diuruskan oleh pihak syarikat. Saya telah menghubungi beberapa kali tetapi gagal menghubungi beliau sehingga sekarang.

(Bagi sesiapa yang pernah ke pejabat di Kuantan, pernah bertemu Dr Jailani boleh tambah kenyataan berikut): Sebelum masalah pembayaran ini berlaku, saya pernah bertemu Dr Jailani bin Jabar beberapa kali di pejabat Jai Network Holdings Sdn Bhd, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang.

  • Adakah tuan masih dapat menghubungi pengenal tuan?

Ya, sehingga sekarang.

  • Adakah produk telah diterima oleh syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd?

Saya tidak tahu.

  • Apakah tujuan laporan polis ini dibuat dan apakah kerugian yang tuan alami?

Tujuan saya membuat laporan polis untuk mendapatkan hak saya sebanyak RMxxx.xx yang masih belum dibayar oleh pihak syarikat Jai Network Systems Sdn Bhd. Saya juga mahu mendapatkan penjelasan rasmi syarikat berkenaan masalah pembayaran ini. Kerugian yang saya alami sebanyak RMxxx.xx bagi x bulan penangguhan pembayaran sejak bulan Ogos 2007.

  • Ada apa-apa penambahan keterangan lagi?

Tidak. (Jangan terlalu leka bercakap kerana kenyataan tuan/puan boleh digunakan terhadap tuan/puan sekiranya fakta yang diberikan didapati salah atau didapati rekaan).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • Tuan/puan akan diminta membaca semula kenyataan yang telah ditaip sebelum dicetak dan disahkan oleh tuan/puan.
  • PENTING: Pastikan kenyataan tuan/puan yang ditaip selari dengan apa yang tuan/puan katakan. Tuan/puan perlu diberikan peluang untuk menyemak kenyataan yang telah dirakam. Sila semak sebelum kenyataan dicetak.
  • PENTING: Tuan/puan tidak dibenarkan membawa keluar kenyataan tersebut tetapi tuan/puan boleh menyalin menggunakan sehelai kertas dengan menggunakan sebatang pensil sepanjang proses kenyataan diambil. Tindakan menyalin point yang tuan jawab sangat penting untuk mengelakkan percanggahan kenyataan di kemudian hari.
__________________________________________________________________

Setelah anda membuat report nanti, boleh lah anda memberikan feedback di ruangan "comments" di bawah ini bagi membantu ahli2 lain untuk membuat report...

.

Friday, November 9, 2007

Abang Long Mengambil Kesempatan! - by otaibnm

Hai Comrades! Long time no see…… Maaf kerana cuti panjang. OTAIBNM agak sibuk sikit dengan persiapan dewan di PWTC sejak sebulan yang lalu (security aspects). Ada 2 atau 3 kali berbual dengan Pak Lah (during President visits). Sempat jugak pass satu salinan fotostat surat pemalsuan tandatangan Pak Lah di Lesen AJL JNSSB. Beliau tersenyum sinis tengok cantikkkk punya tiru. “Ni kerja budak berhingus di Kuantan tu. La ni Dato Johari Baharom duk handle. Satu cara saja nak stop benda lagu ni berterusan, pelabur juga mesti dibawa ke mahkamah dan disumbat kedalam jel! Kalau tidak Skim Cepat Kaya akan berterusan!” waduh!!! What you say member² JNSSB?

Wahai Jailani Jabar!!! Apa guna ada duit beratus JUTA. Hidup dah tak serupa orang? Macam kaum BADWI jer. Asyik berpindah-randah dari satu hotel kesatu hotel mengusung ibu yang lumpuh. Kesian…… ( Depa bukan nak Mak Hang! Depa nak Teluq Hang, kata Prof Dr Nogo Sosro). Tak sangka noh, Kamal Badrul pun duk ligan Hang.

Korang pun satu, sejak minggu lepas ada 5 @ 6 geng berkumpul di KL. Dari Seremban/Melaka, dari Kelantan/Terengganu, dari Ipoh/Taping, dari JB dll. Punyalah ramai, ingatkan perwakilan UMNO dengan perwakilan perhimpunan BERSIH. Rupa²nya MAFIA nak tangkap Jailani Jabar. Lepas tuh tak dapat nak kesan, kena tipu dek Abang² Long PEKIDA dari Gombak, Shah Alam dan Dato Keramat. (Hj Razali, 4SI, Hasnan). Kononya bagi Abang² Long nih duit belanja rokok, minyak, top-up dan hotel sampai 4-5 RIBU dan nak tangkap Lan Gajah untuk paksa keluarkan Jailani Jabar! Bayangkanlah… 1 Kumpulan serahkan 4-5 ribu, kiralah sendiri berapa banyak duit dah habis, Habuk pun tarak. Jailani masih lagi dengan GRO di Mellilea Hotel Bkt Bintang. Diluar Abang Long Zuri duk jaga (pasal minum oren jus jer). Didalam Anag Long Rahim duk mabuk dengan whiskey dengan Pejuang Ummah Bangsat tuh! Abang² Long semua enjoy…. Yang duk berharap, Melopongggg!!!!

Adzmi mana??? Korang lupa ker pada tali barut nih??? Dia ingat dia boleh rileks mabuk ditempat lain. Kesian pulak kat Idzham, jadi sasaran! Kawan tuh duk tengah sibuk buat Koperasi.

9 MONTH is a very long time, even ALONG cannot TOLONG dah!!! Comfort zone KAMU Jailani & Adzmi dah sampai ke penghujung. Tukarlah imej kamu hari². Tak pakai cermin mata lah, Pakai seluar baju lusuh lah, Skang dah pakai BMW X5 baru (4 Whwwl Drive). Beli cash plak tuh, pakai nama proxy lagi. Sebar berita Ayahanda Lan Gajag dah diberikan RM1 JUTA dengan kereta Merc S CLASS lah. (PEKIDA Pusat sedang siasat). Namun Jailani, apapun KAMU menghampiri jerat!!!

Tak lama lagi produk Hydrofuel akan keluar dan dipasarkan. Siaplah dengan 1001 macam fitnah akan Jailani Jabar sebarkan. Apatah lagi apabila nampak muka Dr Mazuki jadi model utama diiringi dengan muka Haji Janggut Sejempul bersama Mejar yang berpenyakit TB (Takut Bini-duk usung kesana kemari). TAPI, tak payalah korang semua risau! Dah 2 Bulan SP Hydrofuel dibayar keuntungannya walaupun produk belum siap. (15hb nih ada bayaran lagi ker?) Duit dalam acc BESB tinggal RM17,000 SAHAJA. Minggu lepas pengarahnya, Pn Rosiah dah keluarkan tunai sebanyak RM200,000 lagi. Pelaburan baru dah tak der! Doalah banyak² skit agar dibayar… Jadi duit yang akan dibayar oleh Jailani Jabar akan dating dari bisnes MISTERI JAI. InsyaAllah……

Excuse me! Got to rush to PWTC. Dato Jamaludin Jarjis nak jumpa! Urgent! If not, kena TOKEN nanti.

Sunday, November 4, 2007

Kenapa Perlu report Polis??? - By semut

Assalamualaikum...

Dimanakah pendirian anda sekarang mengenai Jai Network??? Adakah anda percaya yang satu hari nanti Jai Network kembali gemilang??? Pada saya, ini adalah sangat mustahil.... adakah anda masih mengharap boleh dapat duit balik daripada Jailani??? Apakah reason yang boleh menyebabkan anda percaya yang jailani akan membayar balik modal anda???

Soalan yang paling asas, darimana jailani boleh dapat duit untuk membayar anda??? Jual stromberg?? sudah tentu tidak... Bisnes rahsia??? jangan mimpi lah... Sekarang sudah jelas yang jailani memang tidak mahu membayar ahli lagi... Kita lihat lah, sehingga sekarang, tiada lansung perjumpaan dari syarikat (jailani dan azmi)....

Jika dahulu, masa akaun mula2 akaun dibekukan, syarikat ada buat perjumpaan bagi menerangkan keadaan yang berlaku... Janji manis dan harapan kosong ditaburkan, kononnya kecairan dipastikan bulan oktober (yang sudah lepas)... pada masa yang sama, SSP HFT dilancarkan... Maka, saya membuat kesimpulan bahawa, janji manis tersebut adalah untuk melariskan SSP sahaja... sekarang sudah terbukti... Harini, 4/11/2007 adalah tarikh pembayaran SSP HFT, tetapi takde sesiapa pun menerimanya lagi duit tu...

Ramai yang sudah sedar skang bahawa mereka sudah ditipu... Tetapi ade juga yang masih taksub... Tetapi agak malang apabila saya meneliti, tak sampai 4% pun ahli2 jai yang mengikuti perkembangan jai di internet... sebab sekarang, hanya internet lah tempat untuk mengetahui update disebabkan sudah tiada lagi perjumpaan dari syarikat... Sudah tentu ade benar dan ade maklumat palsu di internet, tapi pandai2 lah tapis ye... Lebih malang lagi apabila balance lebih 96% ahli2 jai di luar sana hanya diberitahu oleh upline sebagai perkembangn adalah positif...

Golongan yang sudah sedar bahawa mereka ini ditipu pun skang tidak tahu ape yang perlu dibuat... Nak harapkan belas ihsan jailani untuk bayar duit balik, sudah tentu tidak akan berlaku... Sebab jailani sendiri sudah mengasingkan diri daripada ahli skang... hanya hidup untuk enjoy duit2 yang banyak...

Nak gi jumpe jailani dan paksa dia bayar??? skang ni susah nak cari orang yang tengah bersembunyi ni.. kalo jumpa pun, penuh bodyguard keliling... yer lah, duit banyak.... Anda pun bz ngan kerja2 lain, sudah tentu tiada masa untuk itu...

Nak dakwa secara law??? kita pun sedia maklum bahawa agreement sengaja ditulis salah (typo error kata "arwah" Mr. Otai)... resit2, borang akad yang original dan sebagainya tiada kat kita.. so, sangat susah lah untuk kita menang kes... Jika kita ditakdirkan menang kes pun, jai skang sudah tiada harta sendiri.. sume diletakkan atas nama proxy... maka, paling teruk pun, jai diistihar muflis atau bankrupt jer... kita tak dapat ape2...

Jadi, apa lagi langkah terbaik yang kita boleh buat??? Tunggu lagi 9 bulan, dan terus tunggu lagi 9 tahun tanpa berbuat apa2??? Maka, cara yang saya rasakan terbaik ialah dengan melaporkan penipuan ini under jenayah perdagangan... Rujuk post CG saya di sini...

Dengan melaporkan kepada polis under jenayah perdagangan, maka, semua aset2 dan harta2 jai yang diletakkan atas nama proxy akan di trace kembali dan dirampas... Kerana kita semua maklum bahawa jumlah duit sebenarnya majority berada didalam akaun proxy... Perkara ini mudah mudahan mendapat liputan media... Maka, kesatuan2 pengguna seperti FOMCA dan PPIM akan datang bagi membantu mengurangkan kerugian yang dialami pelabur... Mereka akan berunding dengan pihak2 berwajib mengenai perkara ini...

Selepas membuat laporan polis, kita tidak perlu lah memikirkan lagi mengenai nasib duit dalam Jai walaupun sangat banyak disebabkan nasi sudahpun menjadi bubur... Buat pening kepala jer pikir sedangkan harapan nak dapat tu adalah hampir mustahil... Lebih baik cari alternatif lain untuk menyelesaikan hutang2 yang tertunggak...

Selamat memulakan hidup baru....

Saturday, November 3, 2007

Nasihat Teknikal - by cikgureza

Since korang takde agreement dari company untuk menyatakan yang korang ni memang beri jai hutang duit tu,dan dia berjanji nak bayor, maybe korang boleh gunakan akta yg aku list kan kat bawah ni untuk mahkamah ataupun report polis nanti.

1) Seksyen 59, Akta Keterangan:

Akta ini secara ringkasnya menyatakan,segala fakta (**kecuali dokumen), boleh di buktikan dengan keterangan lisan.
Maksudnya,apa-apa sahaja yang kita rasa dan kita mengetahuinya,boleh dibuktikan samada dengan memberikan keterangan secara lisan di mahkamah ataupun dengan menukarnya ke dalam bentuk dokumen seperti surat sumpah.
**(merujuk kepada 'kecuali dokumen: adalah apa2 sahaja keterangan bertulis, sperti agreement,invois,PO dll)

Jadi,korang kena buat surat sumpah (dengan peseuruhanjaya sumpah), yang korang ni memang ada bagi pinjaman duit pada Jai,dan dia berjanji untuk bayar pada sekian2 tempoh.
Lagi bagus,kalau korang dapat cari BOD JNSSB ataupun BWSB untuk buat sumpah memang diorang ada amik duit ada ambik duit korang dan berjanji untuk bayar dlm tempoh2 sekian2.. tapi kalau tak dapat jumpa BOD pun, surat sumpah korang tu pun dah kira valid.

manakala:

2)Seksyen 60 (1) (a):

Menyatakan secara ringkasnya jika keterangan lisan itu mengenai suatu fakta yang boleh di lihat,maka, ia mestilah keterangan seorang saksi yang menyatakan dia telah melihat fakta itu.

Fakta yag di andaikan sebagai boleh di lihat itu adalah, janji company untuk membayar dlm sekian2 tempoh setelah duit di amibil (dlm kes ni,saksi mungkin melihat semasa kursus2 asa di jalankan,iaitu bagaimana wakil syarikat mneerangkan bagaimana syarikat amik duit tu. Manakala saksi yang di maksudkan adalah Upline yang introkan perjanjian tu dengan korang.)
Serta, saksi juga melihat agrement yang sudah di tandatangani oleh pihak korang namun belum di tandatangani dan di matikan stem oleh pihak syarikat.

Dan:

3) Seksyen 60 (1) (b)

Pula menyatakan secara ringkasnya, jika keterangan lisan itu mengenai suatu fakta yang boleh di dengar,maka, ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan yang ia telah mendengar fakta itu.

yg ni sama gak mcm seksyen yang (2) tadi tu,cuma di tukar dengan orang yg mendengar. Iaitu dengar tentang Janji company ni, serta janji dengan korang tentang perihal ambil duit dan bayar hutang. Jadi,upline jugaklah yang jadi saksi kalau nak buat ikut akta ini.

Serta

4)Seksyen 60 (1) (d)

Secara ringkasnya menyatakan jika keterangan lisan itu mengenai pendapat atau alasan2 yang padanya pendapat itu berasaskan, maka ,ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan-alasan tersebut.

Pendapat yang di maksudkan adalah: JNSSB sebelum ini mampu untuk bayar semua ahli dlm lingkungan RM35juta sebulan,tanpa berniaga SFS lansung,kerana dia mempunya teknik rahsia yang tak boleh di ceritakan., tapi apa bila pembekuan berlaku, JNSSB mula bertukar kepada bisnes HFt yang mempu menjana lebih bnayak keuntungan,walaupun HFT belum lagi di jual sebijik pun.

Jadi,pendapat korang adalah, JNSSB/BESB memang mampu bayar,even akaun JNSSB di bekukan,kerana, BNM memang mengizinkan JNSSB untuk beroperasi niaga seperti biasa, dan BNM tidak pernah mneyekat 'rahsia syarikat' itu untuk menjana keuntungan.
So,pendapat ini lah yang boleh di gunakan di mahkamah untuk meminta mahkamah menimbangkan pembayaras semula duit2 korang tu..

So,harap maklum dan faham bila dan dimanakah yg korang boleh gunakan akta-akta di atas..


p/s: atas nasihat dan cadangan dari peguam kanan dan penceramah undang-undang.
.