Pengumuman Penting...

Kumpulan kami yang aktif dan sentiasa berhubung terdiri daripada semut, kura, cikgureza, tokanvcd (Muslim) dan kesian... ahli yang memberikan support kat blog ni pula ialah selain kami ialah EnzoPower....

Klick disini untuk Guideline Laporan Polis

Email: sayasemut@gmail.com
YM: sayasemut


*cikgureza bukan pelabur

Thursday, November 29, 2007

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni ramai pulak x-jai yang mempromosikan skim baru, tak serik-serik... Dah tahap memang pemalas la orang melayu nih (ditujukan khas kepada penggemar skim cepat kaya)... kate cikgureza, golongan ni ialah spesis makan daun... hahaha... Memang nak senang dengan cara melabur je, pastu goyang kaki kat umah, duit masuk tiap2 bulan dalam bank...

Dah kena tipu beratus2 kali pun, selagi ade saki baki duit, masih nak melabur jugak... Kalo dengan skim yang kerajaan luluskan tu ok gak... Cam public mutual ker, ASB ker.. ni skim cepat kaya jugak yang die pilih... ape laa... Ini bukan lagi Melayu Mudah Lupa, tapi dah kategori Nyanyuk dah...

Ramai jugak yang email aku tanye pasal skim nih, tapi malas aku nak layan sebab aku bz skang nih... tapi ntah camner, malam nih tergerak hati pulak nak kaji dengan detail... mungkin sebab salah seorang yang pernah aku "berdiskusi" dalam email kini sedang aktif mempromosi bende ni... kesian aku kat die nih...

Elok2 dok cari maklumat, terjumpa artikel yang perfect by Uztaz Zaharudin.... Senang keje aku.. hehehe...

Aku copy paste je laa... Click link asal disini

Skim Cepat Kaya Bumiputra : Baru & Awas !

Soalan

fazlullah nazri < paklah1122@yahoo.com > wrote:

Minta komentar kawan2 groups berhubung dengan syarikat berikut:-

BRIGHT Pxxxx Sxxxx (M) BHD, SYARIKAT MALAYSIA (100% BUMI PUTRA). ADA IBU PEJABAT, LEMBAGA PENGARAH, ADA LESEN PERNIAGAAN DAN ADA AGREEMENT KONTRAK. KINI KAMI MEMPELAWA ANDA MENJADI RAKAN NIAGA KAMI BERDASARKAN PROFIT KEUNTUNGAN DIKONGSI 70:30

MENJANA PENDAPATAN 10% TIAP-TIAP BULAN TERUS MASUK KE AKAUN MAYBANK ANDA SELAMA 3@5TAHUN!!! MEMANG HEBAT!!! SEBELUM INI PENYERTAAN HANYA DIBUKA UTK SYARIKAT2 BESAR DGN MODAL YG BESAR... KINI PELAN DI BUKA PADA SEMUA / INDIVIDU BIASA PUN BOLEH MENYERTAINYA........

- PELAN SESUAI UNTUK MEGA CORPARATE, SYARIKAT KORPARAT, USAHAWAN, DAN INDIVIDU BIASA.:

1. RM1,000,000.00 - KEATAS (MEGA KOPRAT) BY AGREEMENT
2. RM150,000.00 - RM1,000,000.00 (KOPRAT) BY AGREEMENT
3. RM25,000.00 - RM150,000.00 (USAHAWAN) BY M.O.U
4. RM2,000 - RM25,000.00 RETAIL....

NOTE :
RM2,000 - RM4,999.99 KONTRAK 3 TAHUN SAHAJA.
RM5,000 KEATAS KONTRAK BOLEH 3 ATAU 5 TAHUN.

1. DIVIDEN BULANAN (PASSIVE INCOME)

Setiap Merch Partnership akan mendapat advance setiap bulan sebanyak 10% dari jumlah share.
Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

2. REWARD ROYALTY (BONUS PENAJAAN)

Syarikat akan memberi insentif tambahan sedalam 4 level kepada
- ADA BONUS PENAJAAN DAN REWARD ROYALTY.( 3%, 1%, 0.7%,
0.5%)- 4 level
- POTONGAN ZAKAT
- MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

PERINGATAN: INI BUKAN PERLABURAN INTERNET...YG SANGGUP BAYAR PULANGAN SECARA DAILY%

MARILAH ANDA DILUAR SANA, BERSAMA-SAMA MENYERTAI PROGRAM INI...MASIH BARU LAGI..DAN PROSPEK MASIH LUAS LAGI...

PROGRAM BARU BERMULA JANUARY 2007.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI SAYA ATAU BERIKAN EMAIL ADRESS UTK PRESENTATION:
JAMAL xxxxxx.

JAWAPAN UZAR

salam,

Hukumnya adalah haram dan mempunyai riba dengan amat jelas.

Keadaan ini berlaku dalam skim di bawah akibat kurang faham displin perniagaan dan pelaburan di dalam Islam dengan serius, mereka amat keliru maka skim yang ditawarkannya bercampur-campur, sebahagian diwarwarkan cara yang betul seperti profit sharing keuntungan adalah 70:30.

Tetapi selepas tu, tiba-tiba pula disebut "menjana pendapatan 10% tiap-tiap bulan"

Contoh yang diberikannya juga tidak reflect apa yang disebut di atas (profit sharing 70 :30 ) iaitu :

Contoh : Faisal share dalam syarikat BPS sebanyak RM10,000.00
RM10,000.00 x 10%= RM1,000.00 perbulan
RM1,000.00 x 60 bulan = RM60,000.00 + RM10,000.00 (modal)
Jadi total keuntungan Faisal selepas lima tahun adalah RM70,000.00

Di mana perginya pengiraan 70 : 30 profit sharing ratio jika sudah ditetapkan pulangan 10 % dari modal adalah keuntungan?. Amat jelas ini adalah riba dari kategori Duyun dari kelopok riba al-qard, ia juga salah satu bentuk skim cepat kaya yang diharamkan menurut pandangan Islam.

Selain itu ia juga, ia juga menjamin modal dari sebarang risiko, sekali lagi bukti pengharaman ditemui. Bezanya ia hanya bukan internet tetapi sama haramnya macam pelaburan cepat kaya internet.

Ini terbukti dari iklannya :

MODAL TAK HANGUS DAN AKAN DIPULANG SELEPAS ABIS KONTRAK

Secara mudah ini adalah skim money game, terbukti dari plan mencari ahlinya.

Sistem zakatnya juga adalah salah.Tiada perlu dipotong di situ, kerana ia adalah harta haram.

Saya juga diberitahu dari satu email bahawa seorang bekas pelabur pak man telo dulu berkata bahawa skim pak man telo pada tahun 1999 di Kulim Kedah juga ada lessen dan syarikat yang benama Platinum Lane SB (PLSB). 100% milik bumiputra dan ia lebih hebat ketika itu apabila dikatakan mempunyai ‘approval' dari BNM dan KPDNDHEP....

Sekian

ust zaharuddin


Ni pulak pandangan semut:

Berdasarkan yang aku tengok2 kat forum2, sistem dia sama, sbijik ngan jai... cuma pulangan 10% sebulan dapat menjanjikan survival kompeni ni lebih lama, jai lingkup cepat sebab die bagi banyak sangat, 25% sebulan...

Stakat masuk media tu, jai pun masuk metro..

Kalo ko nak tengok dengan jelas sejelas jelas nya, SEMUA skim cepat
kaya akan gunakan orang lain dalam mengumpul deposit... maksudnya,
pengenal akan disuruh cari downline dimana pengenal akan dapat
komisyen hasil pelaburan downline...

Sistem lain memag diorang bleh pelbagaikan, tapi bab nak cari pelabur
baru ni, diorang akn bagi komisyen kepada upline bagi menggalakkan
mereka bergerak mencari kawan2 rapat yang mempercayai mereka untuk
bersama2 melabur...

Cuba tanya pihak mereka, kenapa nak kena kita yang carikkan modal
ataupun melabur untuk mereka??? kenapa nak bayar 10% tiap2 bulan
kepada kita atau 120% stahun kepada pelabur??? tidakkah jauh lebih
untung jika mereka buat pinjaman bank yang tiap2 bulan mereka hanya
bayar bunga kira2 1% - 2% sebulan ataupun 12% - 24% setahun???

Modal dipulang kan balik lak tu lepas abis kontrak, kalo punjam bank, tak perlu bagi balik modal tu, lagi banyak kompeni untung...


Kalo dia cakap nak tolong ahli, memang sah, skim cepat kaya...

Kalo dia cakap susah nak wat pinjaman bank, dia tipu, dengan kertas
kerja yang untung sebegitu banyak sangat senang nak dapat pinjaman,
lagipun kerajaan ada skim utk usahawan bumiputra...

Tepuk dada tanya selera, kalo tak serik2 lagi, silakan, tapi jangan ler dok libatkan orang lain.. kesian diorang tu... Kerana kau, orang lain menanggung kerugian...


PS:: Rupenye kat internet nih tak sampai 20% pun yang masih tegar (tengok poll kat sbelah tu).... ini membuktikan aku and team telah berjaya membuka fikiran orang2 yang selalu mengikuti perkembangan di internet ni mengenai penipuan jai... cuma beberapa orang jer yang masih "makan daun"...

b

Wednesday, November 21, 2007

Lawyer dah ready - By tokanvcd

LAWYER DAH READY. KITA GUNAKAN LAWYER NI UNTUK DAKWA SYARIKAT JAI ATAS ALASAN MENIPU ORG RAMAI. GROUP MELAKA DAH ON!!!. GROUP AKU DAH JOIN!!!

RAMAI KITA KONGSI KOS LAWYER NI, YG PASTI MUSLIM (WALAUPUN SAUDARA BARU). CONTACT AKU NNT EK!. UPDATE NNT AKAN DISUSULI JUGA KEPADA GROUP LAIN.
DAN YG PALING PASTI, AKU DAH DAPAT PENGESAHAN:

TAKDER SEBUTAN KES PUN 4HB DISEMBER NNT
SEBAB KALAU FAILKAN SAMAN PADA 14NOV (ATAU 5NOV MCM KATE V KUMARESAN) PROSES UNTUK DAPAT TARIKH SEBUTAN IALAH DALAM 3-4 BULAN

SO AMACAM DR JAI, KENCING BAIK EK ANAK2 BUAH ARI TU.... TUNGGU LA 4 DISEMBER (OR 14 DISEMBER NI). TUNGGU LA DEPAN MAHKAMAH TINGGI NANTI

TUNGGU!!!!!!!!!

sahihnya
lepas BNM, JAI nak kena settle mcm2 kes lagi
KPDN HEP, LHDN, Polis, MKN dan mcm2 ada
so tunggu la JAI saman semua jabatan ni
kalau belum masuk kedalam lagi la kan...
anyway, director lain senyum jer ke?

AZMI yg siap tunding baik punya kat MERMAID ari tu
HAFIZ yg asyik bagi idea kat boss jer, cara nak jawab
LATIFAH yg terdiam jer sebelah laki yg lama tak balik umah
ex-director lain pulak amacam?
MEJAR masuk memaid jap jer, takkan tak nak token ex-boss kut
DR M call jer ke? jom la kuar TV3 lak
DR IZ, sibuk tul ngan koperasi.. ade Smart ape pulak ni? Smart Agriculture?
HJ Z tak jeguk ke kami anak2 JMC ni? gian dah kami nak convo? Jubah dah buat kain ngelap pinggan dah
tinggal laa SEMUT, KURA, PENYU, LABI2, dan mcm2 haiwan yg dilaknat AZMI

komen semut: tokanvcd, nasib baik ko bukan kategori haiwan... hehehe...

Keratan Metro Rabu, 21 Nov 2007

Assalamualaikum...

Hish korang nih, aku cakap nak mengundurkan diri dari dunia internet, cakap aku merajuk pulak... Mane ade, Sbenarnya aku masih lagi aktif secara offline... Sebab aku tau, kat internet ni tak ramai yang follow....

Glamer pulak rasenye aku bile name aku masuk paper metro harini... ahakkssss.....

Click imej tu untuk paparan yang lebih jelas.... Walau bagaimanapun, ade beberapa maklumat yang diberikan dalam paper ni kurang tepat...

Lepas ni, kes ni akan semakin kecoh di media2 utama... Biar semua orang tahu akan penipuan ini... Maka, Jailani, Azmi, Hafiz bagaiwangsa dan konco2 nya akan jadi macam cacing kepanasan... Tak guna wei duit banyak kalo hidup macam pelarian... Ko ade 25,000 orang pelabur yang ko dah tipu, tunggu lah natijahnya nanti....

ps::haritu berapi2 cakap suruh tunggu jai masuk paper dan media lepas saman BNM. Katanya dah failkan writ saman pada 14 November lepas, tapi lain pulak yang masuk paper harini... Hahahaha....

Kepada penulis metro, blog ini pada asalnya adalah tempat untuk menyedarkan orang ramai daripada terjebak dengan skim kedua yang diperkenalkan oleh syarikat ini setelah skim pertama disiasat BNM.


Tuesday, November 20, 2007

Rumusan Perjumpaan di Mermaid, Kuantan

Assalamualaikum...

Seperti yang dijangka, setiap kali perjumpaan, ada2 jer berita gembira akan disampaikan... Ramai pula yang bertepuk tangan seolah2 dirasuk... Mereka tidak mengetahui apa yang tersirat disebalik perjumpaan ini...

Apa yang aku nampak ialah SSP HFT secara officially ditutup, bayarannya memang akan tertangguh senasib lah dengan SP stromberg.... Aku memang dah jangka keadaan ini awal2 dulu dan blog ini ditubuhkan bertujuan menghalang orang ramai dari melabur dalam skim SSP HFT... Tengok lah, apa sudah jadi skang, SP sangkut, korang melabur dalam SSP, pastu sangkut lagi... Jangan harap die nak bayar sebab pelabur baru sudah tiada... Itu memang modus operandi standard mana2 skim cepat kaya...

Kepada yang masih tak serik-serik tu, dan masih ade banyak lagi lebihan wang dan masih tercari-cari mana skim cepat kaya untuk melabur, aku cadangkan korang pegi melabur dalam KOPERASI Dr. Izham pula... Lepas KOPERASI Dr. Izham sangkut, suruh Dr. Latipah buat KOPERASI dia pula... Korang teruskan lah melabur ye SAMPAI PAPA KEDANA...

Selain itu perjumpaan di kuantan juga adalah sebagai wadah untuk mengelakkan ahli2 melenting kerana SP belum dibayar... dengan mengkhabarkan kononnya yakin mereka akan menang melawan Kerajaan Malaysia dan BNM, maka ramailah tukang sorak bertepuk tangan....
Katanya nak saman BNM sebab mereka menyebabkan Jai tidak boleh berniaga... BNM hanya menyita benda2 yang berkaitan dengan pengumpulan deposit haram sahaja, dibawah akta AMLA... BNM tidak menghalang proses penjualan stromberg (jika betul lah die jual stromberg)...

Aku memang tidak menolak kemungkinan die akan saman BNM, tetapi peluang die nak menang adalah 0%... ini adalah kerana die memang tidak menjual stromberg pun...

Sempat lagi tu mase perjumpaan tu die promote produk stromberg, siap kate orang dari Iran datang mintak dengan die untuk jual kat Iran... cam bagus jer stromberg die tu, hanya jimat 15% jer, banyak lagi produk yang jauh lebih murah dan lebih baik dari stromberg tu... Part ni pun ramai yang hooray... heran aku...

______________________________________________________________________
Happy Ending???

Kita lihat lah, sejak JNSSB diserbu BNM, Ahli2 sentiasa disajikan dengan berita2 gembira... Tak pernah ada pun berita sedih, semuanya adalah harapan gembira yang apabila tiba ketikanya akan menjadi harapan kosong... Dijanjikan kecairan dipastikan bulan 10, tiba ketika dilanjutkan 9 bulan lagi, menyatakan website untuk SSP Hydrofuel akan dilancarkan, tiba ketika, SSP HFT terhenti sedangkan web belum pun dilancar dan sebagainya...

Berita gembira akan terus disampaikan kepada ahli2, hakikat sebenar ialah duit ahli sedang jai dan konco2 nya gunakan untuk enjoy... Tujuan utama ialah untuk terus menipu ahli dari memberontak... Hakikatnya, jai memang sudah tak nak bayar duit tersebut...

Apa yang aku jangka ialah jai akan terus mewar-warkan yang beliau akan menang kes... Katanya jika menang, kita semua akan dapat balik duit tersebut... Tapi, sejauh manakah anda yakin yang jai akan menang??? stakat lawyer india tu yang bagi jaminan, buat ape??? dia memang dah dibayar berjuta2, kalo kalah pun, poket die tetap berisi... Jai pun tengah happy jer skang enjoy hidup sebagai seorang jutawan...

Tetapi clue untuk penamat cerita ini sudah pun jailani berikan... iaitu, jika Jai kalah, dia akan didenda dan dimasukkan ke dalam penjara selepas dibicarakan... Inilah sebenarnya kesudahan cerita Jai Network Systems Sdn Bhd. Ahli2 pula kehilangan wang pelaburan...

Tetapi, seperti biasalah, sebelum kalah tu, pelbagai fitnah akan dilemparkan, mungkin ade orang sabotaj perbicaraan dsb demi menagih simpati golongan yang masih bodoh... Kemudian Jai akan meringkuk dalam penjara mungkin selama 3 tahun dan didenda antara 500k hingga 1 juta...

Kemudian, selepas kluar penjara, beliau akan jadi seorang jutawan yang bebas, dengan duit yang berjuta2 didalam akaun proxy... Ahli2 pun dah lupa akan kisah jai...

Itulah ceritanya... Sesiapa yang suka jalan cerita ini, teruskan lah menunggu untuk ia berakhir sebegitu rupa... Jika anda ingin mengubah cerita ini, bertindak lah skarang... Keputusan ditangan anda... Melaporkan kepada pihak polis adalah satu tindakan yang anda boleh lakukan untuk mengubah cerita ini... Guideline sudah disediakan...

Update dari semut

Ini adalah ape yang aku tulis selepas aku balik dari kuantan...

Perjumpaan semalam lain dari yang aku harapkan... seperti yang aku beritahu, memang die akan buat alasan2 lain untuk tidak bayar duit, dan dia akan perkenalkan lawyer untuk tujuan menyaman BNM... Ini memang dah dijangka...

Cuma, aku jangka, dengan pertanyaan yang agak kontraversi dari saudara "tokanvcd"(menantu kepada ayahnda PEKIDA), suasana semakin hangat, tapi perkara sebaliknya berlaku... begitu juga pertanyaan dari orang lain yang bersifat pro pembangkang, termasuk dari kak jamilah, semua hujah dimatikan dengan sorakkan gemuruh dari lebih kurang 80% ahli2 yang hadir...

seorang pak cik yang duduk sebelah aku lansung tidak memberikan reaksi, tetapi dari riyak muka, dia seakan2 menangis didalam hati, beliau kelihatan sebak...

selebihnya hanyalah orang2 yang bercakap mengikut skrip sahaja, terutamanya seorang makcik yang tiba2 datang memberikan kuliah maghrib sambil bersyair... kemudian disertai sorakan dan tepukan gemuruh dari penyokong jai... terlalu ramai talam dua muka, depan cakap lain, blakang cakap lain...

Dengan keadaan ini, maka, plan yang seterusnya tidak dapat dilaksanakan... Sungguh aku tak sangka korang nih, duit sangkut beribu2, tapi pegi kuantan sekejap pun tak mahu.... hanya tahu memintak2 dalam forum ni sahaja...

Duit SSP bulan ni tak leh bayar sebab digunakan untuk bayar lawyer.... takkan nak bayar lawyer sampai 30 juta kot??? camner haritu seorang bekas tahanan ISA boleh menyaman kerajaan??? brape juta die abis bayar lawyer??? banyak btul duit die ni...

seronok ye kau menghina Yang dipertuan Agong ye??? sampai siap cakap kepala bapak agung lagi...

seronok ye kau menghina PEKIDA Bukit bintang??? InsyaAllah, rakaman penghinaan tersebut akan dihantar personally kepada ayahnda PEKIDA bukit bintang oleh kura...

seronok ye ko mengaku berkaraoke, berdondang sayang kat kelab2 dan pub kerana itu katanya cara kau untuk menyelesaikan masalah ini...

seronok ye kau mengaku bahawa duit memang terbeku sebanyak 20juta, walaupun kau menafikan sekeras2 nya sebelum ni...

seronok ye kau cakap nak ludah orang yang meminta duit mereka balik...

seronok ye kau yang dah mengaku pergi disko melaknat orang...

Seronok ye kau cakap jangan selidik dalam2, cukup hanya percaya kat ko jer...

seronok ye kau diampu oleh seorang ustazah tadika dengan syair dan hadis untuk bersatu dengan kau, aku harap die tak maksudkan untuk bersatu di disko...

seronok ye kau mengaku yang kompeni jai network ni kau punye sorang je...

seronok ye kau kerana penyokong kau masih ramai...

Ramai jugak yang dah kenal kura di majlis tersebut, tapi diorang masih tercari2 siapa semut... sebab hampir semua tahu aku n kura ade dalam majlis tersebut... Aku tetap anonymous... identiti aku takkan aku dedahkan...

Satu lagi, buat ape aku nak sambung berforum, sebab sekian lama aku cuba menyedarkan tentang perkara ini, hasilnya 80% tepukan gemuruh dan sorakkan adalah dari orang yang masih pro jai... kalau awal2 dulu aku masuk forum ni sebagai guest untuk tahu ape2 info terbaru, tetapi skang ni, info yang aku dapat secara offline lagi banyak dan lagi cepat daripada yang ditulis di internet...

Aku rase aku dah buat yang terbaik, guideline report dah pun disediakan, korang tak nak buat report, dok takut itu dan ini, terpulanglah kepada korang semua... aku tak kisah pun... selebihnya, hanya masa sahaja yang bakal menentukan yang mana salah dan betul... korang nak pegi melabur dalam SSP tu pun pergi lah, sebab akhir tahun ni korang dijanjikan akan dapat berita gembira oleh peguam india tu... itu duit korang, korang buat lah ape yang korang suka... tak kacau duit aku pun...

Korang kene ingat, nak dapat duit balik memang hampir dah takde harapan... Satu2 nya cara hanya mengambil duit tu secara "paksa" sahaja dan ini yang telah di plan smalam tetapi gagal kerana 80% yang datang adalah geng pro-jai...

Aku bukannye nak jadi hero dan sebagainya... aku hanya buat kerana aku rase bertanggung jawab sahaja... blog aku tu adalah sebagai update kepada downline aku dan semua downline2 orang lain yang diabaikan oleh upline... tapi, tak yah nak cakap update la, buat korang mengharap jer, duit tu dah burn, yang ade hanya janji2 manis dari jai saja...

Aku pun bukan invest berjuta2 dalam jai, bukan ade beratus2 downline... Aku hanya masuk JNSSB 4 bulan sebelum akaun kene freeze, tetapi pelaburan aku yang terbesar ialah pada bulan 7 dmana akaun dibekukan pada bulan tersebut... Jumlah kerugian aku hanya kira2 40k sahaja... downline aku pun tak sampai 10 orang... Mana leader2 lama??? Mentang2 dah kenyang, dok senyap jer.... Sume pertanyaan downline akan di divert kepada web bluster @ sharudin, agar downline tak memberontak kerana ada banyak berita gembira disitu... upline aku pun same jer walaupun dah gi JMC, kononnya leader2 Jai network lah tu.... bila dah jadi camni, terus ambil sikap lepas tangan, tak penah pun die update aku dengan perkembangan terkini....

kepada yang lain, selamat berforum dan meminta2 agar duit dikembalikan didalam forum ni tanpa berbuat apa2...

Good Luck
!